SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT

Tuesday, March 2, 2010

BERITA LIPIS:

MDL anjurkan ceramah bulanan

KUALA LIPIS - Sebagai langkah meningkatkan kesedaran dan menambah ilmu agama kepada komuniti setempat, Majlis Daerah Lipis (MDL) menganjurkan ceramah bulanan di padang majlis itu, di sini.

Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Wan Norizan Wan Badruzaman berkata, program itu adalah salah satu agenda tahunan MDL dan juga tanggungjawab agensi itu terhadap komuniti.

Menurutnya, padang majlis itu dijadikan tempat untuk diadakan program bulanan kerana menjadi laluan utama penduduk sekitar daerah ini untuk ke satu-satu tempat.

“Setiap bulan kami memanggil penceramah berbeza sama ada di sekitar daerah ini atau di luar daerah bagi memberi ceramah kepada penduduk.

“Kebiasaannya kami anjurkan ceramah pada Jumaat iaitu selepas solat Isyak kerana penduduk keluar ke pasar malam berhampiran bandar,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, melalui pemilihan hari itu secara tidak langsung penduduk tertarik untuk turut mendengar ceramah itu.

”Program ceramah bulanan ini diadakan sejak 2008 dan mendapat tajaan daripada pelbagai agensi.

“Untuk tahun ini, kami dapat tajaan beberapa badan kerajaan, swasta dan orang perseorangan termasuk wakil rakyat bagi menjayakan ceramah bulanan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment