SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT

Wednesday, July 28, 2010

YB Soffi: Kerajaan Pahang Mengambil Berat

KUALA LIPIS 17 Mac - Kerajaan Pahang akan terus membantu persatuan sejarah dan waris keturunan pejuang silam untuk menjalankan aktiviti meningkatkan kesedaran patriotik di kalangan generasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, usaha-usaha seperti mendokumentasikan sejarah perjuangan tokoh dan memperkenalkan artifak-artifak tertentu perlu disokong oleh semua pihak.

''Kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan muzium dan institusi pengajian tinggi sentiasa memberi tempat untuk menjalankan kajian dan pendokumentasian supaya ia tidak luput ditelan zaman.

''Khazanah dan perjuangan tokoh sejarah dapat menyuntik semangat generasi hari ini supaya memperkasakan diri dan sedar terhadap asal-usul bangsa dan keturunan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program perjumpaan waris dan keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau serta Program Jejak Bersejarah Mukim Budu di sini.

Seramai 300 ahli waris keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengkaji sejarah di daerah ini hadir pada pertemuan tersebut.

Hadir sama, Penasihat Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau Pahang, Datuk Mazlan Jamaluddin.

Pada majlis itu, Mohd. Soffi mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM3,000 kepada persatuan berkenaan untuk menjalankan kajian dan kegiatan kemasyarakatan.

Menurut Mohd. Soffi, usaha Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau amat penting untuk mengangkat kembali sejarah perjuangan tokoh berkenaan menentang penjajah British pada abad ke-19.

2 comments:

  1. Di NANGGROE ACEH DARUSSALAM atau dahulu di sebut ACEH DARUSSALAM masih ada keturunan-keturunan sultan pahang...!!

    ReplyDelete
  2. Keturunan yang di banggakan ... syabas dan terus mencari ...

    ReplyDelete