SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT

Wednesday, August 18, 2010

Gambar Kenangan Bersejarah

Kelihatan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak bersama YB Datok Seri Adnan Yaakub MB Pahang dan YB Datok Dr. Shahrom Osman berdiri ditingkap Rumah Kelahiran beliau sambil melambai kepada tetamu yang hadir sempena Lawatan YAB ke K.Lipis baru-baru ini.

YB Soffi bersama Ahli Parlimen Lipis YB Datok Dr. Shahrom Osman bergambar kenangan bersama Pengusaha Kolam Ikan di Kg. Kipas Terap Budu

Wednesday, July 28, 2010

YB Soffi: Kerajaan Pahang Mengambil Berat

KUALA LIPIS 17 Mac - Kerajaan Pahang akan terus membantu persatuan sejarah dan waris keturunan pejuang silam untuk menjalankan aktiviti meningkatkan kesedaran patriotik di kalangan generasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pertumbuhan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, usaha-usaha seperti mendokumentasikan sejarah perjuangan tokoh dan memperkenalkan artifak-artifak tertentu perlu disokong oleh semua pihak.

''Kerajaan negeri dengan kerjasama jabatan muzium dan institusi pengajian tinggi sentiasa memberi tempat untuk menjalankan kajian dan pendokumentasian supaya ia tidak luput ditelan zaman.

''Khazanah dan perjuangan tokoh sejarah dapat menyuntik semangat generasi hari ini supaya memperkasakan diri dan sedar terhadap asal-usul bangsa dan keturunan masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program perjumpaan waris dan keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau serta Program Jejak Bersejarah Mukim Budu di sini.

Seramai 300 ahli waris keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengkaji sejarah di daerah ini hadir pada pertemuan tersebut.

Hadir sama, Penasihat Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau Pahang, Datuk Mazlan Jamaluddin.

Pada majlis itu, Mohd. Soffi mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM3,000 kepada persatuan berkenaan untuk menjalankan kajian dan kegiatan kemasyarakatan.

Menurut Mohd. Soffi, usaha Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau amat penting untuk mengangkat kembali sejarah perjuangan tokoh berkenaan menentang penjajah British pada abad ke-19.

Thursday, April 29, 2010

MAKAN MALAM OLD BOY'S CLIFFORDIAN

Salam sdra/i..
Old Cliffordian Boy's akan mengadakan Majlis Makan Malam (Dinner) dan Hari Keluarga bagi bekas Pelajar Clifford pada 31 Julai (8 Mlm - Dinner) dan 1 Ogos 2010 (8.30 pagi - Aktiviti)..bertempat di Kawasan Sekolah Clifford K.Lipis..Jemput semua hadir.....untuk keterangan lanjut sila hubungi E-Mail: cik gu Shaaban S/usaha Program (shaabanjaffar@yahoo.com)...atau lihat Facebook saya (ibrohim milosovik) TK. Ibrahim Urusetia Program.

Thursday, April 22, 2010

Majlis Solat Hajat, Doa Selamat dan Tahlil

Pada 15 April 2010 (Khamis malam Jumaat), bertempat di Masjid Kg. Budu, satu Majlis Bacaan Doa Selamet , Tahlil dan Sembahyang Hajat telah diadakan bertujuan memohon restu drpd Allh s.w.t. supaya anak2 Kg. Budu yang akan mengambil UPSR, PMR dan SPM 2010 diberi hidayah menjawab Peperiksaan dengan cemerlang, tenang dan score "A". Majlis juga mengadakan Perlantikan AJK PIBG Sekoloh Kg. Budu bagi Sessi 2010/2011 ditempat yang sama yang mana Sdra Zuhdi Hussin dilantik semula menerajui Pengerusi PIBG Sekoloh Keb. Budu sessi 2010/2011. Kehadiran pada malam itu dianggarkan 200 orang daripada semua Kampung dalam Mukim Budu. Malam itu juga para hadirin dijamukan dengan Gulei Kambing Masokan Pahang, hasil sumbangan kewangan drpd dermawan2, pemimpin, orang perseorangan, Kelab2 dan Pertubuhan di Sekitar Kg. Budu, Benta, Lipis, Kuantan, Kuala Lumpur yang turut memberi sumbangan setakat yang mampu. Majlis Solat hajat diimamkan oleh Tuan Kadhi Kuala Lipis dengan makmunnya terdiri daripada YB Dato' Adun Benta, Tok Penghulu Budu, Ketua kampung Budu, Kg. Terap, AJK Masjid dan Surau, Ahli2 JKKK Kg. Budu dan Kg. Terap serta Wakil Kelab Budu di Kuala Lumpur turut hadir. Majlis pada malam itu sungguh meriah, dan diharap ditahun hadapan ianya akan dapat diadakan lebih meriah lagi dengan penyertaan Anok2 Budu diperantauan. ia merupakan sumbangan iklas kita kepada anak2 generasi Kg. Budu yang bakal memimpin negara serta sumbangan kita kepada Mak Chik/Abang/kakak kita yang banyak berjasa kepada Kg. Budu serta sekitarnya. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Wassallam.

iba.

Monday, March 15, 2010

PM TURUN KE LIPES

PM rasmi sambutan ulangtahun KKLBW ke-50 di Lipis
15/03/2010 4:54pm

KUANTAN 15 Mac. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan ulangtahun ke-50 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, Kuala Lipis, Sabtu ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada sambutan itu, Najib dijangka melawat rumah kelahirannya di Bukit Bius, Kuala Lipis. - Utusan

Monday, March 8, 2010

LAWATAN KERJA YB KE JBA RAUB


YB mengadakan Mesyuarat bersama Pegawai dan Juruteknik Jabatan Bekalan Air Raub, untuk mengenal pasti isu-isu yang timbul.


YB Bersama Pegawai turun padang melihat keadaan sebenar masalah yang ditimbulkan.


YB memeriksa sendiri keadaan sebenar di tapak projek


YB ingin kepastian bertanyakan sesuatu kepada Pegawai JBA Raub.


Sebelum pulang YB sempat beramah mesra dengan Pegawai-pegawai sambil merakamkan Gambar Kenangan.

Sunday, March 7, 2010

PENYAMPAIAN CHEK DI BENTA PAHANG


YB Dat' Soffi - ADUN Benta sedang menyampaikan ucapan dalam Majlis ini.


YB Dato' Soffi menyampaikan Cek kepada Wakil Penerima di Benta Pahang

Friday, March 5, 2010

LAWATAN KERJA YB DATO' SOFFI


YB sedang berbincang sesuatu dan memberi kata2 semangat kepada sdra Kama, dalam lawatan kerja YB ke Projek Kolam Ikan Ayer Tawar Kama, sambil diperhatikan oleh Tok Empat Kg. Terap (Sdra Adnan Manan).


Dikolam ini juga disediakan aktiviti mengail (memancing), harga dikenakan amat murah jika nak dibandingkan dgn tempat2 lain.

Tuesday, March 2, 2010

Tumpu kepada kebajikan rakyat: MB

KUANTAN - Tumpuan kepada kebajikan rakyat akan menjadi fokus utama dalam memastikan keperluan dan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin meruncing, beliau akan mengatur perjumpaan bersama rakyat dua kali seminggu bertujuan untuk mendengar masalah dan keperluan mereka.

Menurutnya, perjumpaan sebanyak dua kali seminggu itu merangkumi perjumpaan di kawasannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pelangai manakala satu hari lagi tumpuan diberikan kepada masyarakat di daerah Kuantan dan Indera Mahkota.

“Dalam perjumpaan ini, saya akan menjelaskan kepada rakyat mengenai situasi politik semasa dan agenda yang parti pembangkang yang semakin lantang bersuara.

“Apa sahaja isu yang dibawakan rakyat akan didengar dan kerajaan sedaya upaya akan berusaha membantu mereka yang bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, perjumpaan tersebut juga turut diatur untuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh agar pendapat serta masalah yang dihadapi dapat disampaikan.

“Saya yakin, perjumpaan ini akan memberi peluang yang luas untuk rakyat mendekati pemimpin mereka seterusnya bertemu empat mata untuk berbincang.

“Saya bertanggungjawab menerangkan kepada mereka situasi sebenar yang dihadapi kerajaan dan tidak hanya bercakap sahaja mengenai perjuangan parti dan sebagainya,” katanya.

Mendekati Rakyat dan Remaja - "Walk About"

YB Dato' Soffi bersama-sama YB Dato' Dr. Shahrom Othman hadir dalam Majlis Penyampaian Hadiah Petandigan Motorcross Belia Anjuran ADUN Benta kerjasama dengan Persatuan Belia, bertempat di Gelanggang Motorcross Kemahang, Benta K.Lipis Pahang. Ramai para Belia daripada Benta, Budu, Kemahang, Tg. Besar, Jerangsang dan sekitar turut serta dalam pertandingan ini, ia sebagai salah cara mempereratkan lagi Silatulrahim dan Perpaduan dikalangan Belia disamping ianya merupakan saturRiadah bagi memenuhi masa lapang Para Belia dalam ADUN Benta.

BERITA LIPIS:

MDL anjurkan ceramah bulanan

KUALA LIPIS - Sebagai langkah meningkatkan kesedaran dan menambah ilmu agama kepada komuniti setempat, Majlis Daerah Lipis (MDL) menganjurkan ceramah bulanan di padang majlis itu, di sini.

Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Wan Norizan Wan Badruzaman berkata, program itu adalah salah satu agenda tahunan MDL dan juga tanggungjawab agensi itu terhadap komuniti.

Menurutnya, padang majlis itu dijadikan tempat untuk diadakan program bulanan kerana menjadi laluan utama penduduk sekitar daerah ini untuk ke satu-satu tempat.

“Setiap bulan kami memanggil penceramah berbeza sama ada di sekitar daerah ini atau di luar daerah bagi memberi ceramah kepada penduduk.

“Kebiasaannya kami anjurkan ceramah pada Jumaat iaitu selepas solat Isyak kerana penduduk keluar ke pasar malam berhampiran bandar,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, melalui pemilihan hari itu secara tidak langsung penduduk tertarik untuk turut mendengar ceramah itu.

”Program ceramah bulanan ini diadakan sejak 2008 dan mendapat tajaan daripada pelbagai agensi.

“Untuk tahun ini, kami dapat tajaan beberapa badan kerajaan, swasta dan orang perseorangan termasuk wakil rakyat bagi menjayakan ceramah bulanan ini,” katanya.

PHOTO PERTANDINGAN FUTSAL PIALA DATO' SOFFI:


YB Dato' Dr. Shahrum Osman Ahli Parlimen Lipis sedang menyampaikan hadiah kepada peserta sambil diperhatikan oleh YB Dato' Soffi ADUN Benta.


YB Dato' Soffi sedang menyampaikan hadiah dalam Program Pertandingan tersebut.


YB Dato' Dr. Shahrum Osman Ahli Parlimen Lipis sedang menyampaikan cenderahati kepada Penyokong diperhatikan oleh YB Dato' Soffi.

Maaf dalam pembinaan

Maaf dlm pembinaan