SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT SELAMAT DATANG SAUDARA-SAUDARI DAN SALAM HORMAT

Tuesday, March 2, 2010

Tumpu kepada kebajikan rakyat: MB

KUANTAN - Tumpuan kepada kebajikan rakyat akan menjadi fokus utama dalam memastikan keperluan dan masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin meruncing, beliau akan mengatur perjumpaan bersama rakyat dua kali seminggu bertujuan untuk mendengar masalah dan keperluan mereka.

Menurutnya, perjumpaan sebanyak dua kali seminggu itu merangkumi perjumpaan di kawasannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pelangai manakala satu hari lagi tumpuan diberikan kepada masyarakat di daerah Kuantan dan Indera Mahkota.

“Dalam perjumpaan ini, saya akan menjelaskan kepada rakyat mengenai situasi politik semasa dan agenda yang parti pembangkang yang semakin lantang bersuara.

“Apa sahaja isu yang dibawakan rakyat akan didengar dan kerajaan sedaya upaya akan berusaha membantu mereka yang bermasalah,” katanya.

Beliau berkata, perjumpaan tersebut juga turut diatur untuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh agar pendapat serta masalah yang dihadapi dapat disampaikan.

“Saya yakin, perjumpaan ini akan memberi peluang yang luas untuk rakyat mendekati pemimpin mereka seterusnya bertemu empat mata untuk berbincang.

“Saya bertanggungjawab menerangkan kepada mereka situasi sebenar yang dihadapi kerajaan dan tidak hanya bercakap sahaja mengenai perjuangan parti dan sebagainya,” katanya.

1 comment:

  1. Syabas Dato' kerana menwujudkan satu platform bagi membolehkan rakyat berinteraksi dengan Wakil rakyar mereka. Saluran sebegini merupakan satu alat yang amat berkesan bagi merapatkan jurang pemisah antara pemimpin dan rakyat.

    Saranan saya agar blog ini dapat dimanfaatkan bagi mendapat pandangan atau maklum-balas dari rakyat tidak kira yang berbentuk positif atau pun negatif. Bertolak dari situ kita sama-sama boleh menzahirkan satu komuniti telus yang dapat membentuk masyarakat yang dinamik dan progresif.

    Namun begitu YB Dato' juga harus memberi perhatian atas perkembangan muktahir dalam era komunikasi global yang kini lebih cenderung kepada penggunaan Facebook berbanding blog. Ramai ahli politik termasuk PM, TPM, para menteri serta wakil-wakil rakyat telah menfaatkan media baru ini yang mana capaiannya lebih menyeluruh, terutamanya kepada generasi muda masakini.

    Sekian, pandangan yang tidak berapa bernas dari saya.

    NADZRI HJ MOHD
    Kg Durian Rendang, Budu

    Facebook : http://www.facebook.com/nadzri.mohd
    Blog: http://semalu.blogspot.com/

    ReplyDelete