YAB Dato' Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob,SSAP., DSAP., DGSM.
ADUN BENTA
YB.Dato' Ir.Mohd Soffi Bin Tan Sri Abdul Razak,DSAP., DIMP., AMP. Merangkap EXCO Negeri Pahang
SEPATAH KATA YB:
Assalamualaikum wbt Sdra/i yang saya hormati,
Terlebih dahulu saya memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat memberi sepatah dua kata dalam Blog saya ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada sdra/i kerana sudi melawat Blog saya yang sederhana ini. Sesungguhnya pembangunan Kawasan DUN Benta termasuk Kampung-kampung sekitarnya telah agak maju dan moden semenjak kita mencapai kemerdekaan tahun 1957. Ini adalah kerana kerja kuat sdra/i semua membangunkan semua Kampung-kampung dalam Kawasan DUN Benta ini, disamping kerja kuat pemimpin dahulu dan pemimpin sekarang yang banyak memperjuangkan keperluan-keperluan asas rakyat. Saya amat berbangga dengan usaha dan kerjasama sdra/i semua memajukan Kampung-kampung dalam Kawasan DUN Benta ini. Oleh itu marilah kita teruskan usaha serta semangat kerjasama, perpaduan dan murni serta ikhlas Sdra/i memajukan dan mempertingkatkan lagi Kampung kita semua demi menyokong Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. sekian terima kasih. Wassalam.
FB saya: mohd soffi abdul razak
Dari Meja Editor:
Salam hormat dan Salam 1Malaysia Sdra/i seme,
Niat saya membina Blog ini kerana ingin sama-sama membantu YB Dato' Soffi selaku Wakil Rakyat kita, yang sentiasa sibuk berkerja saing dan malam demi memajukan Kampung-kampung dalam Kawasan Benta, bolehlah dikatakan YB seperti Lilin yang membakar dirinya demi untuk kemudahan kita semua. Justeru itu saya abadikan kenyataan-kenyataan serta gambar aktiviti YB lakukan dipelusuk Kawasan DUN Benta dan Kampung sekitarnya seperti Kg. Budu, Terap, Kg. Cherang, Gabok, Kemahang, Tanjung Besar, Jeransang, Jerning, Beluan, Rachap, Empau, Teko'ong, Chat, Peruang, Benta, Jerkoh, Batu Boya, Jeram Besu, Ulu Atok dll. Marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada YB agar Kampung-kampung kita lebih maju lagi dimasa akan datang. Tk. Wassalam.
No comments:
Post a Comment